PUNCAK ALAM: Kira-kira 60 peratus Jalan Persekutuan di negara ini sudah rosak atau luput tempoh hayatnya dan perlu diperbaiki dengan keperluan peruntukan kira-kira RM3 bilion, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata memandangkan peruntukan yang tinggi diperlukan, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian mengenai hala tuju pembinaan dan pembaikan semula jalan yang sudah luput tempoh hayat itu.
"Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun yang penting kita kena bina baharu (jalan) supaya keselesaan serta keselamatan jalan itu terjamin kepada pengguna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Fadillah menghadiri majlis tawaran cabutan kerja undi bagi Kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen Di Bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia 2022.
Mengenai majlis yang diadakan hari ini, beliau berkata sejumlah RM130 juta peruntukan tambahan telah diluluskan Kementerian Kewangan bagi Kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen Di Jalan Persekutuan seluruh negara secara one-off pada 13 Sept lepas.
Katanya, kelulusan peruntukan tambahan ini adalah bukti komitmen kerajaan Persekutuan yang prihatin dalam isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur negara, khususnya jalan raya seterusnya membuka peluang perniagaan kepada kontraktor kecil khususnya gred G1 hingga G4.
Beliau berkata semua peruntukan telah selesai ditawarkan kepada kontraktor di negeri semenanjung melalui 180 kerja bernilai RM113 juta dan RM17 juta lagi disalurkan kepada kontraktor di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui 17 kerja.
"Kesemua kerja-kerja ini dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan setengah atau pada November depan," katanya sambil mengingatkan para kontraktor khususnya dalam kalangan bumiputera dari gred G1 ke G4 agar tidak bergantung harap kepada kontrak kerja atau projek kerajaan semata-mata.
"Kalau kita melihat konteks di negara kita, lebih banyak sebenarnya adalah kerja-kerja yang disumbangkan pihak swasta berbanding di peringkat kerajaan yang tidak sampai 30 peratus daripada pembangunan keseluruhan projek pembinaan di negara kita.
Justeru katanya Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan memastikan para kontraktor tersebut diberi latihan dan dihubungkan dengan pihak swasta supaya mereka diberi peluang perniagaan.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang melihat sistem agihan kerja yang pelbagai bagi memastikan semua kumpulan kontraktor dapat merasai peluang yang diwujudkan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Fadillah berkata memandangkan peruntukan yang tinggi diperlukan, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi. - Gambar fail
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Aidilfitri
Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 hingga 14 April sempena perayaan Aidilfitri.
70 peratus jalan Persekutuan di Mersing telah dibaiki - MB Johor
Kira-kira 70 peratus jalan Persekutuan yang rosak di negeri ini termasuk FT03 (Mersing-Kota Tinggi-Johor Bahru) telah dibaiki, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
60 peratus Jalan Persekutuan sudah capai tempoh luput, perlu diperbaiki - Fadillah
Memandangkan peruntukan tinggi diperlukan, rundingan dengan syarikat konsesi dibuat selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian.
Isu Jalan Gerik-Jeli tidak selamat sudah dibangkit dalam mesyuarat - MB Perak
Bagaimanapun, katanya, Jalan Gerik-Jeli tertakluk di bawah jalan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
Lebih RM400 juta baik pulih runtuhan cerun di jalan persekutuan seluruh negara - Fadillah
Kebanyakan jalan persekutuan yang terlibat adalah di negeri-negeri di Pantai Timur selain di Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.
98 jalan persekutuan, 126 jalan negeri terjejas akibat banjir - NADMA
Sebanyak 98 jalan persekutuan dan 126 jalan negeri terjejas akibat banjir yang melanda tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Melaka, Pahang dan Kedah.
Plaza tol dan persimpangan Shah Alam terus ditutup
PLUS Malaysia Bhd telah menyelaraskan usaha untuk menyelamat dan memberi bantuan bersama-sama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Banjir: 172 jalan persekutuan, 97 jalan negeri terjejas - Fadillah
Jumlah itu merangkumi jalan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Terengganu, Johor Bharu, Kelantan dan Selangor.
Berbasikal di lebuh raya tetap dilarang, denda RM300 hingga RM2,000 jika ingkar
Mereka yang gagal mematuhi papan tanda larangan berbasikal adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kerajaan akan pastikan jalan raya tanpa tol sentiasa baik, selesa
Kementerian Kerja Raya komited dalam memastikan jalan tanpa tol, terutama jalan persekutuan, sentiasa dalam keadaan baik dan selesa untuk diguna.